Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pelancongan
Tuesday, 10 July 2012
Pulau Ligitan
Ligitan adalah sebuah pulau di negari Sabah, Malaysia. Lokasinya tidak jauh dari pulau Borneo/Kalimantan. Pulau kecil ini terletak di Tawau, Sabah dan di Lautan Sulawesi.
Pulau ini telah dituntut bersama-sama oleh Malaysia dan Indonesia dan menjadi pertikaian wilayah antara Indonesia dan Malaysia. Namun, setelah di bawa bagi perbicaraan diperingkat antarabangsa, pulau ini beserta Pulau Sipadan diputuskan menjadi wilayah Malaysia pada tahun 2003 oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Keputusan ini berdasarkan "penguasaan berkesan - effective occupation" yang ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Malaysia sebelum ini), dan ketiadaan tuntutan yang lebih baik.
Malaysia benar-benar mengelola pulau ini dengan baik sehingga pulau ini menjadi terkenal kerana keindahan alamnya. Selain itu di pulau ini juga masih sering ditemui penyu-penyu melepaskan telurnya.
Pulau Dayang Bunting
Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.
Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.
Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.
Pulau Banggi
Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Βajau, Kagayan, dan Ѕuluk.
Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.
Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.
Cara pergi ke sana: Anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat.
Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Βajau, Kagayan, dan Ѕuluk.
Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.
Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.
Cara pergi ke sana: Anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat.
Air Terjun Cemerong Dungun
Air Terjun Cemerong dikatakan merupakan air terjun tertinggi di Asia. Benar atau tidak saya sendiri kurang pasti. Itu apa yang saya baca dan dengar la. Air Terjun Cemerong terletak di daerah Dungun dan dekat dengan kawasan Kampung Pasir Raja. Memang jauh nak sampai a Air Terjun Cemerong dan anda perlu melalui hutan dan ladang kelapa sawit. Walau pun jauh tidak mengapa kerana anda akan merasai kepuasannya apabila sampai di sana. Anda akan dapat mandi dengan sepuasnya sambil menikmati permandangan yang hijau dan udara yang nyaman. Air Terjun Cemerong merupakan salah satu tempat menarik yang harus anda kunjungi apabila sampai di dungun, Terengganu. Alami pengalaman luar biasa melihat matahari naik serta terbenam, sambil berjalan di atas pasir halus keemasan yang menarik dengan hembusan lembut bayu yang dingin. Pantai ini juga lokasi menarik untuk luncur air, menaiki bot, kayak dan menyelam
Glory Beach Resort Port Dickson
Salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan terletak di Glory Beach Resort Port Dickson. Ia merupakan pusat peranginan pantai yang kini semakin mencipta nama di khalayak pelancongan tempatan dan luar negara. Mengapa tidak, hembusan bayu Selat Melaka, pasir putih yang berkilau seperti emas seni taman yang indah dan senireka bangunan yang menarik adalah paduan keindahan alam semulajadi yang sepadu dan sebati.
Kemudahan penginapan apartmen eksklusif, kelas perniagaan dan penthouse disediakan. Kadar yang ditawarkan adalah amat berpatutan. Setiap apartment dilengkapi dengan ‘amenities” setaraf dengan perkhidmatan resort 4 bintang.
Di Glory Beach Resort, infra yang ada amat sesuai untuk percutian keluarga dan rakan. Aktiviti santai minda seperti menikmati hidangan istimewa di Coral Cafe, BBQ di Kokoma Beach, aktiviti rekreasi seperti Jet Ski, bot laju dan sebagainya pastinya mengeratkan hubungan insan. Bagi penggemar muzik, anda pasti terhibur dengan persembahan yang disajikan.
Keperluan kanak-kanak adalah priority Glory Beach Resort. Selain kolam renang rekreasi yang terbesar di Malaysia terdapat sebuah taman permainan yang canggih untuk mereka bersantai minda. Di Pawagam Mini ditayangkan filem-filem aksi, kartun dan cereka secara percuma. Bagi penggemar aktiviti sukan, gelanggang tennis, skuasi, mini basketball, bola tampar pantai, bola sepak pantai, gymnasium, sauna dan sukan air disediakan untuk para pengunjung.
Tempat menarik di Melaka
Melaka, sebuah negeri di Malaysia yang mendapat jolokan
bandaraya bersejarah sememangnya mempunyai banyak tarikan. Adalah
menjadi kemestian bagi pengunjung yang berada di Melaka untuk singgah ke
Perigi Hang Tuah, Menara Taming Sari, Kota A Famosa dan Bangunan Merah
yang terkenal dengan peristiwa sejarahnya yang tersendiri. Sesetengah
pengunjung yang inginkan kelainan, mereka bolehlah mencuba menaiki
kereta lembu di Ayer Keroh, Melaka. Bagi yang ingin menyelusuri
sepanjang sungai Melaka dan melihat keindahan Melaka, Melaka River
Cruise merupakan jawapannya. Pelayaran yang mengambil masa selama 45
minit sejauh 9 km membolehkan pengunjung menjamu mata dengan keindahan
peninggalan sejarah. Selain itu, terdapat Zoo dan Taman Buaya Melaka
yang menggamit kedatangan pengunjung.
Pulau Rawa
Pulau
yang aman hanya mempunyai dua pilihan tempat tinggal. Calet kayu yang
terselindung di antara pepohon kelapa mengekalkan suasana semulajadi di
sini dan menyerlahkan lagi jolokan pulau ini sebagai destinasi percutian
yang aman dan mempesona.
Subscribe to:
Posts (Atom)