Dalam perjalan menuju ke Pelabuhan Kelang, hujan renyai-renyai dan awan
mendung berat kelihatan berlegar dikepala kami. Cuaca seperti tidak
mengizinkan kami mencari bahan menarik di Pulau Ketam, Selangor.
Sesampai di Jeti Pulau Ketam yang berhampiran dengan station keretapi
komuter Pelabuhan Kelang atau lebih dikenali oleh pekerja-pekerja
Indonesia sebagai jeti pintu masuk mencari rezeki di Malaysia, keadaan
agak sibuk dengan rakyat asing yang menanti kehadiran sanak saudara
ataupun menuju pulang ke tanahair masing-masing.Tepat pada jam 8.45 pagi ferri berhawa dingin menuju Pulau Ketam sedang
menunggu kami di jeti dengan kadar tambang RM7 seorang. Perjalanan
menuju Pulau Ketam mengambil masa lebih kurang 45 minit.Sesampai di Jeti Pulau Ketam, kerja-kerja memunggah barang dari tanah
besar untuk jualan penduduk di pulau sudah menjadi rutin harian.
Bahan-bahan mentah seperti mee, roti, ayam, sayuran dan makanan asas
yang lain. Keunikkan pulau ini sudah dapat dilihat dari jeti ini,
kenderaan bermotor dilarang sama sekali berada di pulau ini atas arahan
kerajaan Selangor, sekaligus memperlihatkan penggunaan basikal menjadi
kenderaan utama di pulau ini.
Tuesday, 10 July 2012
Tanjung Harapan
Tanjung Harapan letaknya tidak jauh daripada Pelabuhan Utara atau North
Port. Di sekitar kawasan ini terdapat kilang-kilang dan gudang kerana
Port Klang adalah juga kawasan perindustrian. Istimewanya di Tanjung
Harapan ialah kapal-kapal dagang yang besar dan bot-bot kecil boleh saja
dilihat berlabuh, belayar keluar dan masuk ke pelabuhan dengan jelas.
Dulu, pada tahun 90-an, kawasan ini juga disebut sebagai Esplanade.
Orang Klang juga memanggil tempat ini dengan nama Tanjung Gila. Tanjung
Gila! Pelik bunyinyakan!
Tanjung Harapan merupakan kawasan berpantai di Selangor, yang terdekat untuk dikunjungi oleh orang-orang sekitar Klang dan Shah Alam. Jaraknya daripada pusat bandar DiRaja Klang hanya 12 km dan jika daripada Bandaraya Shah Alam kira-kira 20km (15-20 minit perjalanan).
Tanjung Harapan merupakan kawasan berpantai di Selangor, yang terdekat untuk dikunjungi oleh orang-orang sekitar Klang dan Shah Alam. Jaraknya daripada pusat bandar DiRaja Klang hanya 12 km dan jika daripada Bandaraya Shah Alam kira-kira 20km (15-20 minit perjalanan).
Destinasi Pelancongan di Sarawak
Sarawak merupakan antara negeri yang mempunyai banyak kaum. Namun,
suku kaum Iban atau Dayak Laut merupakan kumpulan etnik terbesar di
Sarawak seramai 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak .
Mereka tinggal secara berkumpulan di rumah tradisional yang dikenali
sebagai rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan
di tepi jalan raya. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan
hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur, dan berteraskan perhubungan
persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Walaupun kebanyakan
daripada masyarakat Iban kini menganut agama Kristian, tetapi mereka
masih mengekalkan amalan tradisi adat resam nenek moyang mereka.
Menurut sebuah artikel, Sarawak bukan sahaja terkenal dengan
tempat-tempat yang menarik tetapi merupakan negeri yang terbersih di
Malaysia. Negeri Bumi Kenyalang ini mempunyai 15 kawasan yang dilindungi
sepenuhnya, 4 kawasan hidupan liar dan 5 kawasan simpanan semula jadi.
Antara taman negara di sini termasuklah Mulu, Bako dan Niah. Taman
Negara Niah merupakan tempat bersejarah. Kuching Waterfront, sebuah
tempat yang menjadikan kunjungan anda seperti tidak lengkap jika tidak
singgah ke sini. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati
pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih.
Bersetentangan dengan Kuching Waterfront, terdapat banyak deretan kedai
yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh dijadikan buah tangan.
Bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya pula mempunyai beberapa tempat
rekreasi seperti Taman Stutong, Gua Angin dan Gua Pari-pari. Pelawat
yang berminat terhadap sejarah dan budaya Sarawak disarankan melawat
Muzium Sarawak, Kampung Budaya di Damai atau jejak warisan Kuching di
pusat bandar raya.
Pulau Bruit
Sarawak yang terletak di kepulauan borneo mempunyai gugusan pulau
yang tidak kurang menariknya. Salah satu daripadanya ialah Pulau Bruit.
Pulau tersebut terletak di kawasan Rejang Delta iaitu 150 km barat laut
Kuching, di bawah bahagian Mukah dan di dalam daerah Daro. Pulau Bruit
merupakan pulau terbesar di negeri Sarawak dan yang kedua terbesar di
Malaysia, selepas Pulau Banggi di Sabah. Pulau Bruit atau pada satu masa
dahulu pernah dikenali sebagai Sri Bruit merupakan pulau yang mempunyai
sejarah tersendiri terutamanya kewujudan cerita yang dikaitkan dengan
cara tempat tersebut mendapat nama.
Selain itu, di Sarawak juga terdapat pantai yang menarik. Walaupun bentuk muka bumi di Sarawak adalah secara keseluruhannya berpaya dan bergunung-ganang, namun masih terdapat pantai yang menarik untuk dikunjungi. Pantai Pandan yang landai dan bersih boleh dijadikan contoh. Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semula jadi di sana. Selain itu mereka juga berpeluang melihat nelayan menangkap bubuk dan pusuk (ikan bilis) sekiranya berkunjung pada musimnya. Selain Pulau Pandan, terdapat beberapa lagi pantai pilihan seperti Pantai Sematan. Pantai yang cantik ini terletak 128 km dari bandaraya Kuching. Antara tarikan utama di pantai ini ialah Pesta Pantai yang akan diadakan pada setiap bulan Mei di Pantai Sematan dan Pulau Talang-Talang.
Selain itu, di Sarawak juga terdapat pantai yang menarik. Walaupun bentuk muka bumi di Sarawak adalah secara keseluruhannya berpaya dan bergunung-ganang, namun masih terdapat pantai yang menarik untuk dikunjungi. Pantai Pandan yang landai dan bersih boleh dijadikan contoh. Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semula jadi di sana. Selain itu mereka juga berpeluang melihat nelayan menangkap bubuk dan pusuk (ikan bilis) sekiranya berkunjung pada musimnya. Selain Pulau Pandan, terdapat beberapa lagi pantai pilihan seperti Pantai Sematan. Pantai yang cantik ini terletak 128 km dari bandaraya Kuching. Antara tarikan utama di pantai ini ialah Pesta Pantai yang akan diadakan pada setiap bulan Mei di Pantai Sematan dan Pulau Talang-Talang.
Pulau Kapas
Pulau Kapas merupakan jawapan bagi segala persoalan yang bermain di fikiran anda. Ramai yang masih tertanya-tanya dan tercari-cari pulau pulau yang indah, hutan semulajadi yang segar, air laut yang biru, pantai yang menarik dan terumbu karang yang berwarna-warni.
Semuanya menanti anda di Pulau Kapas, Marang, Terengganu. Anda boleh dapatkan pakej percutian di Pulau Kapas atau jika ingin jimat bajet atau sukakan cabaran lebih elok terus datang sahaja ke sini. Memang mudah kalau bercuti ke Pulau Kapas. Percutian ini amat sesuai untuk mereka yang berbulan madu atau membawa anak-anak ke sini.
Ramai yang bertanya bagaimana ingin ke Pulau Kapas. Adakah dengan menaiki Feri? Kebiasaannya kemudahan bot laju boleh didapati di Jeti Marang dengan harga RM40/seorang untuk perjalanan pergi dan balik. Lebih kurang 15 minit anda boleh sampai ke Pulau Kapas dengan bot laju. Jadual bot pulau kapas bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Penginapan yang terdapat di sana ialah seperti Pulau kapas island resort, Makcik gemuk chalet, pulau kapas qimi chalet dan banyak lagi. Harganya ada yang murah dan ada yang mahal. Bergantung pada keselesaan dan lokasi.
Pulau Tioman
Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling
mempesona di Laut China Selatan. Pulau Tioman yang terletak kira-kira
56km dari pantai negeri Pahang telah dinobatkan antara 10 pulau paling
tercantik di dunia. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal
dikalangan peminat sukan menyelam (scuba). Pulau Tioman
memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pelancong yang
berhajat untuk ke Pulau Tioman,boleh menaiki Bot laju dari Jeti Mersing.
Pulau Perhentian
Seiring dengan keindahan pulau itu sendiri,ia juga turut popular dengan aktiviti-aktiviti seperti bersnorkel, menaiki bot, perkhemahan dan melihat penyu bertelur. Ia juga turut menjadi tumpuan pelancong yang ingin melakukan aktiviti menyelam skuba melalui sijil bertauliah yang diiktiraf di peringkat dunia sahaja.Keaslian dan keindahan alam semula jadi di lautan dan daratan yang masih lagi belum terjejas , pasir dan beberapa gua batu, bukit hutan dan tumbuhan semula jadi di sekitar pulau juga turut menjadikan ia sebagai tempat tarikan pelancongan. Aktiviti seperti jungle tracking dan juga penyelidikan tumbuhan semula jadi juga boleh dilakukan di Pulau Perhentian.
Bagi mereka yang berminat dan ingin menghabiskan masa di Pulau Perhentian, terdapat lebih kurang 1,000 bilik penginapan dari 42 buah pengusaha chalet dan resort.Pilih sahaja daripada yang bertaraf pusat peranginan mewah, chalet bertaraf sederhana dan rendah, dorm serta tapak perkhemahan turut disediakan di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)