Sarawak yang terletak di kepulauan borneo mempunyai gugusan pulau 
yang tidak kurang menariknya. Salah satu daripadanya ialah Pulau Bruit. 
Pulau tersebut terletak di kawasan Rejang Delta iaitu 150 km barat laut 
Kuching, di bawah bahagian Mukah dan di dalam daerah Daro. Pulau Bruit 
merupakan pulau terbesar di negeri Sarawak dan yang kedua terbesar di 
Malaysia, selepas Pulau Banggi di Sabah. Pulau Bruit atau pada satu masa
 dahulu pernah dikenali sebagai Sri Bruit merupakan pulau yang mempunyai
 sejarah tersendiri terutamanya  kewujudan cerita yang dikaitkan dengan 
cara tempat tersebut mendapat nama.
 
Selain itu, di Sarawak juga terdapat pantai yang menarik. Walaupun 
bentuk muka bumi di Sarawak adalah secara keseluruhannya berpaya dan 
bergunung-ganang, namun masih terdapat pantai yang menarik untuk 
dikunjungi. Pantai Pandan yang landai dan bersih boleh dijadikan contoh.
 Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semula jadi di sana. Selain 
itu mereka juga berpeluang melihat nelayan menangkap bubuk dan pusuk 
(ikan bilis) sekiranya berkunjung pada musimnya. Selain Pulau Pandan, 
terdapat beberapa lagi pantai pilihan seperti Pantai Sematan. Pantai 
yang cantik ini terletak 128 km dari bandaraya Kuching. Antara tarikan 
utama di pantai ini ialah Pesta Pantai yang akan diadakan pada setiap 
bulan Mei di Pantai Sematan dan Pulau Talang-Talang.

 
No comments:
Post a Comment